Thursday, July 14, 2011

Bagaimana..

Bagaimana kan ku mula, mengatur kata-kata, mula berkarya semula?

Tuesday, September 21, 2010

Dunia ini memang semakin tua, pejam jelik-pejam jelik, oktober  akan tiba. 5 oktober  tahun ini akan dinanti lebih meriah, lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya, mengapa? aku saja yang ada jawapannya. yang lain Allah maha mengetahui.

Raya puasa berlalu musim haji akan tiba, rakan ,teman dan saudara terdekat yang mendapat undangan mengunjungi rumah Allah telah mula bersiap. terkenanglah kembali musim Haji yang dilalui sedikit masa dulu.
dani menangis ,hinggakan satu airport tersedu, tirah meraung ,hilman pun tak  terkawal ratapannya.pengalaman ku., tinggalkan yang disayangi menyahut undangan mengerjakan haji.

Dalam melangkah menuju ke satu destinasi usia, Renungan jauh ku singgah kepada satu persoalan  “peratusan hidup ini berapa banyakkah   khusus buat diri sendiri  dan orang-orang yang berhak keatas diri kita?  Ibu bapa, adik kakak,  anak-anak,   dato dan  nenek…..

Justeru     People power  rungan  melontar kerakusan hati, ketiadaan rasa , kepenatan minda ini, ingin berkongsi sedikit  renungan   kalbu penghantar mencapai pencerahan jiwa ......berbunyi begini.

Seorang anak gadis menangis di makam ayahanda yang baru disemadikan dengan  ratapan begini…

Ayah ku mmengapa hari seperti ini singgah dalam umurmu?
Ayahku malam ini engkau sendirian terbaring dalam kegelapan kubur tanpa lampu  dan tanpa penghibur,
Ayah ku, jika kelmarin aku bisa menerangi kamar usangmu.
siapakah yang akan menerangi kamarmu kini? Siapakah akan menghiburmu.
Ayahku malam kelmarin aku masih bisa menyiapkan hamparan tidurmu, siapakah yang akan menghampiri mu malam nanti?
Jika malam-malam kelmarin aku bisa memicit mu , siapakah yang akan memicit mu malam nanti?.........................dan ratapan sigadis menjadi-jadi...

Mendengar ratapan ini seorang orang alim menghampirinya dan berkata......wahai anak janganlah kau ratapi kepergian ayahmu dengan ratapan sedemikian, tetapi  ucapkanlah begini...

Wahai ayahku engkau telah ku kafankan dengan sebungkus kafan, tetapi masih kah engkau mengenakan kafan itu esok?
Aku meletakkan tubuhmu yang segar bugar di dalam kubur, masih bugarkah engkau  atau sudah mulai di mamah cacing?
Ayah ku, semua hamba allah akan ditanya imannya, bisakah ayah  menjawabnya?
Ayahku  kuburan bisa dibuat luas atau sempit. Bagaimanakah kuburan ayah?
Ayahku dahulu setiap ku panggil kau pasti menjawabnya , kini ku panggil  tidak mahu lagi engkau menyahutnya.

Aku sedar bahawa engkau kini telah terpisah dengan ku dan tak bersua lagi hingga hari kiamat, Semoga Allah tak menghalangi perjumpaan ku dengan mu nanti... semoga ayahku termasuk kedalam golongan orang yang dikasihi Allah....

Dan renunglah  semalam.. apakah hadiah kita buat  orang tua yang sudah lama berpergian..sunyi alam kubur mereka tak mungkin dapat kita bayangi sehinggalah kita juga bersamanya.....
bilakah kali akhir kita mengucap salam kepada  mak ayah dikampong ketika kesibukan dunia terus berkunjung wallahhualam...

alfatihah buat Bah, Ngah , kak cik, abang Man, tok,  nenek  yang telah mendahului kami.sesungguhnya jasa kalian terpahat dalam ingatan semoga bekalan yang kalian  bawa menerangi kamar yang didiami kini.InsyaAllah.

ditaman kebahagian berbunga hati yang tenang dan jiwa yang lapang............

raikhudri

Era Baru

Ini satu permulaan. Satu era baru dalam People Power.sss

Mungkin ia satu yang berulang. Tetapi yang berulang tidak semestinya berlalu.
Hanya sekadar mengingati semula.
Mungkin.